Since 2012
SSM No JM0708583-U

Jumaat, 21 Disember 2012

Tips / Info..

 

-Coklat Oh Coklat-




Saya pasti ramai yg suka sangat makan coklat kan? cadbury,ferrero rocher,vochell,coklat cap ayam pun ade..itu baru jenama,belum lagi jenis2 coklat yg tengah ada kat pasaran sekarang ni..tapi tidak kurangnye yang "takut" nak makan coklat,sebab taakut gemuk lah,banyak lemak dan sbgainya.. sya ni bukanlh pakar pemakanan atau pakar kecantikan tapi saya nak berkongsi sedikit tentang artikel 'kebaikan coklat' yg saya jumpa di yahoo agar kita dapat sma2 memanfaatkanya..sebenarnya coklat ni bukan sahaja sdap dimakan, malah ia dikatakan boleh menjadi makanan untuk meredakan tekanan.Bukan itu sahaja, coklat juga memiliki banyak manfaat lainnya termasuklah untuk kesihatan.Namun satu manfaat yang mungkin ramai ladies suka ia...lah coklat mampu membantu menambahkan kecantikan diri. betul ke? jom kita baca..

Antaranya kebaikan coklat:

1. Berfungsi untuk menjaga kelembutan kulit.
2. Kulit sentiasa lembap dan segar.
3. Menegang dan menghaluskan kulit.
4. Melambatkan proses penuaan pada kulit.
5. Mencegah kedutan pada wajah.







Ketahui lebih lanjut bagaimana menggunakan coklat sebagai rutin menjaga kecantikan seharian kamu:

Pelembut Kulit
Kandungan utama yang terdapat dalam coklat iaitu mentega serta koko mampu menjadikan kulit lebih halus, lembut dan tampak segar sentiasa. Bukan itu sahaja, ia ternyata merupakan sebuah bahan kecantikan yang sangat baik dan banyak digunakan dalam rawatan penjagaan kecantikan untuk melembapkan kulit kerana sifatnya sebagai pelembap semula jadi yang luar biasa mampu menjadikan kulit anda sentiasa lembut.

Melambatkan Kedutan
Antioksidan yang terdapat dalam coklat membantu untuk mengelak dan mencegah radikal bebas daripada merosakkan sel-sel kulit.Bukan itu sahaja, kandungan katecin yang merupakan antioksidan kuat berupaya mencegah penuaan. Ternyata coklat mampu mencegah kedutan,melindungi kulit serta menjadikan kulit bercahaya dan awet muda.

Oleh itu, usahlah berasa takut untuk menikmati makanan yang sentiasa menjadi kegemaran ramai ini! tapi ingat ye jangan makan berlebihan pula ye!! nanti lain pula yg jadi ^_o...

Tiada ulasan: